nuff

Friday, May 27, 2011

Ular Kesayanganku~


saya ada seekor ular....
saya sayang ular saya..... satu hari, saya bawa ular saya masuk pertandingan ular-ular tercantik. tapi malangnya kami tak menang....saya tak kesah pun bila tak menang. tapi ular saya sangat marah sebab dia tak menang. nama ular saya "gree". Gree telah menggigit jari saya hingga berdarah kerana giginya sangat halus...tapi Gree sejenis ular yang tak berbisa....saya tak marah Gree kerana gigit saya sebab saya sayang Gree... saya balut tangan saya dengan kain  untuk hentikan pendarahan. saya pujuk Gree supaya jangan marah-marah.... sebab kalau Gree marah-marah nanti mak saya takut...sebab mak saya sangat geli dengan Gree. akhirnya Gree bersetuju untuk tidak marah-marah dan kami berazam untuk masuk pertandingan yang lain. 

saya pun masukkan Gree ke dalam kurungannya... tapi saya pelik sebab kurungannya berlubang-lubang... hingga Gree boleh meloloskan diri. saya meminta adik saya membuatkan kurungan yang baru untuk Gree. sementara adik saya membuat kurungan yang baru, saya bermain-main dengan Gree. Gree sangat comel dan manja.... tiba-tiba saya dapat panggilan telefon dari ex-bf saya. Ex-bf saya beritahu yang dia sudah pulang ke rumah selepas tamat latihan. kami berbual seketika dan akhirnya menamatkan panggilan setelah adik saya siap membuat kurungan untuk Gree. Gree sangat gembira dengan rumah barunya dan menjalar di setiap ruang kurungannya. kami membiarkan Gree dengan rumah barunya, tiba-tiba saya nampak ayah masuk dengan satu botol Shieldtox. ayah saya kata, dia ada nampak seekor lipas dalam kurunan Gree dan telah sembur lipas tersebut. saya menjadi risau dengan keadaan Gree. 

saya berlari mendapatkan Gree..... malangnya Gree telah mati keras. ayah kata mungkin kerana dia sembur terlalu banyak shieldtox. ayah tak tahu Gree sudah ada dalam kurungannya..OMG! OMG! saya sangat sedih~ Gree telah pergi meninggalkan saya dengan kenangan luka di jari ini.... OMG~

cerita di atas adalah mimpi yang I alami malam tadi.....

  • motif cerita di atas adalah Orang tua-tua kata mimpi ular dipatuk ular maknanya dah nak kawin.... tapi I kene gigit. macam mana tu???


  • motif yang ke dua adalah saya terlalu rindu ex-bf  I.

  • motif yang ke tiga adalah... sesungguhnya I memang teringin nak memelihara seekor Corn Snake. sebab Corn Snake tak ada bisa. hehehe.....

  • motif seterusnya adalah mungkin I suka tengok pasal ular di rancangan NatGeo Wild. hahaha....





-The End-

7 000 kritikan hebat!:

misz myza said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tasha... sejibik macam karangan sekolah dulu.. Tajuk dia, Binatang Peliharaan ku... hehehehehe

Tasha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tulah pasal... memang sengaja buat ayat macam budak2. hehehe

suria lekatlekit said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salah tu tasha.. mimpi di patuk ular atau mimpi ular ni berkaitan dgn jin atau sihir.. byk2 la berdoa supaya di lindungi dr perkara2 buruk yer tasha

coffee said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tu ular betul ke? siput tol mimpi rupanya,,, nanti datang SUPER GREEEEE kang baru tau hehehe.. macam bese, melawat dan ehem ehem..

ilan nur said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cheh ingat real tadi bela ular. haha

kindergartenlibrary said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

geli ~
=='

mOon EyEzS said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tasha..i miss u...hehehehe

ingtkan betOi2 tadi...byk sgt tengOk natgeO...pai termimpi2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...