nuff

Tuesday, June 19, 2012

Mana satu pilihan kita?

tak tau la macam mana nak mulakan.....

tapi ini, tentang lelaki yang anda mahu.

1st
Lelaki yang pandai bercakap.... manis di bibir and kita akan cair mair kalau dia bercakap. tapi malangnya kita akan tertekan dengan sikap dia yang bermulut manis pada semua perempuan. akibatnya kita terpaksa berkongsi kasih.

2nd.
Lelaki yang tak berapa romantik, tak pandai menyusun kata yang indah (senang cakap, life dia macam kayu. ada tapi mcm biasa-biasa aje...klu dia xde pun kita tak sedar.) and memang tak pandai nak pasang pompuan banyak-banyak. tapi dia ni sayang gila-gila  kat kita.

3rd.
Lelaki yang romantik, pandai sayang kita tapi tak pandai control marah dia. senang cakap PANAS BARAN. bila dia marah, apa pun dia tak peduli dah. semua akan jadi mangsanya.

4th.
Lelaki yang sayang kita.....dia sayang gila-gila pada kita. apa-apa pun untuk kita dia sanggup asalkan tak berpisah dari kita. tapi malangnya dalam masa yang sama, dia mengadakan hubungan dengan perempuan lain hanya untuk suka-suka. dlm hati dia "yang penting aku cinta dia seorang sahaja".

5th.
Lelaki yang sayang, tapi tak pernah meluahkannya. agaknya ada emas akan keluar dari mulut dia kot kalau dia cakap "I love You" or "Saya sayang Awak". tapi dia care pada kita.

6th.
Lelaki yang sayang kita sangat-sangat....tapi dia tak pernah berubah untuk buat kita terus sayang dia. contohnya.....sikap dia yang tak nak berhenti merokok sedangkan gf dia nak sangat dia berhenti merokok. Degil sangat2! anak mak agaknya.....

7th.
Lelaki yang sayang kita, cintakan kita sedalam-dalam hati dia....malangnya, dia bukan lelaki yang kita idam-idamkan.

8th.
Lelaki yang kita sayang sangat-sangat tapi malangnya dia tak pernah ada persaan pada kita. cam ne??

9th.
Lelaki yang kita cintai dan dia mengaku yang kita cinta hati dia selamanya. tapi malangnya....banyak sangat kelemahan pada diri dia yang kita rasa bosan dan macam nak give up aje dengan dia.

10th.
Lelaki yang selama ini kita cari, lelaki yang kita idam-idamkan......akhirnya dah ada depan mata. dan sekali lagi, Malangnya....dia dah bertunang atau dah berkahwin atau dah jadi seorang bapa atau dah jadi duda. hahaha...... amacam????

Pilihlah... sesungguhnya dalam hidup kita ni tak ada lelaki yang sempurna. dan ada kalanya kita tak tau apa yang berlaku di belakang kita. I bukan nak kata lelaki ni jahat. tapi tu lah......lelaki yang baik selalunya mesti dah jadi milik orang. dan kita pun merangkak-rangkak mencari dan terus mencari.

2 000 kritikan hebat!:

Cik Pulau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau dapat pilihan yang 5 and 7.. hehehehe..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

2 dengan 5 sha

wlpon susa nk dapatkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...