Hari ini hati I sangat tersentuh dengan ketulusan anak 'Ahli Syurga' ini.....
Al-Kisahnya, semalam..... si Wyla ni bad mood agaknya. dia asik marah2 I and tgk muka I pun tak mau..... bila dengar suara I dalam kelas dia, dia asik cakap "bising la kau ni" dengan nada marah(I masuk kelas dia, bukan waktu I. masa tu waktu cikgu lain. kelas pendidikan khas la katakan~). I pun agak sentap bila benda tu berlaku berulang kali.... tapi tak de la sentap tahap kecik hati. sebab I tau, budak macam ni memang tak cakap tulus dari hati macam manusia biasa. kerana diorang ni memang manusia yang luar biasa ALLAH cipta istimewa untuk menghiburkan dunia kita.
mula-mula, I bergurau-gurau juga la dengan si Wyla ni..... cubit-cubit manja bila dia marah2 I and buat2 merajuk dengan dia.... akhirnya I keluar dari kelas bila dia dah nak balik...
Dipendekkan cerita.... pada hari ini, tiba2 dia datang minta maaf dengan I masa I tengah layan anak-anak istimewa yang lain. Oh My God!!! mulianya hati dia.... padahal I tak de pun makan hati dengan perbuatan dia, dia datang seikhlas hati dan tak ada sesiapa pun suruh. dia datang pada I and cakap "cikgu, saya nak minta maaf, bla...bla...blaaa..." (tak berapa faham apa yang dia cakap sebab sebutan tak sempurna)...I pun cakap dengan dia, "Cikgu tak nak maafkan kalau Wyla tak peluk cikgu".
Laju-laju dia datang pada I and peluk I. rasa damai sangat peluk 'Ahli Syuga' ni, bukannya tak pernah peluk dia.... tapi kali ini, I rasa damai and terharu sebab tersentuh dengan ketulusan hati dia.
OHMYGOD~
(dia telah menyedarkan I yang sangat berat mulut untuk minta maaf pada orang. Thanx ALLAH!!)
Lepas berpelukan dia sibuk tengok handphone I, so..... apa lagi, amik gambar la~
si Wyla ni dah 16 tahun dan syndrom down.
2 000 kritikan hebat!:
suke kan bebudak istimewa gini
lame tak lepak blog yu
diorang mmg istimewa sgt kan :))
Post a Comment