nuff

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

"Susu Terakhir"

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. 

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahu bayinya disusukan olehnya. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. 

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... "

**Sedihny…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


begitulah kisah yang telah dikogsikan oleh my friend melalui emailnya.

Friday, April 29, 2011

Mencari Port Baik Untuk Beromen??

gigih yer mencari port baik untuk beromen.
siap google tu......

ni memang dah biasa sangat kene tangkap  la kot~
tu pasal mencari tempat yang baeekk punyer~
tak pun, baru first time nak try.
tu pasal tgh pikir kat mana yang sesuai
meh sini I nak share......
tempat-tempat yang baeek punyer nak beromen adalah seperti di bawah:





















































































sikit lagi.....
kalau nak beromen, kene sabar~






























mencari tempat yang sesuai????
sila turun bawah sikit lagi yer.....
sikit jer lagi....















































































































okay, inilah dia:

I rasa, apa yang orang tu dapat ada di sini kot~

sedih betul!!!
tak baik la.......
kawin kan lagi selamat~
ditanggung HALAL!!!


Wednesday, April 20, 2011

1 hari di Geting Highland.

semalam 18hb I ikut kawan I pergi Genting Highland.
balik UKM pada malam 19hb.
keadaan tengah sangat genting sebab 20 hb exam. 
I pulak masih ada masa ikut kawan pergi Genting.
dia yang paksa I teman dia.... kalau tak.... I memang tak nak pergi okay!

orang pergi Genting Highland untuk berhibur.
I??? naik Genting Highland study.
seriously tak pernah dibuat orang kot!. hahahaha.....

tapi dalam buat kerja gila naik Genting padahal esok exam tu, 
jumpa a hamba ALLAH ni~
dah kawin tapi dia naik Genting dengan girlfriend dia katanya.
so,I pun terfikir..... kenapa lelaki macma tu ek?

kenapa perlu ada istilah perempuan untuk isteri 
dan kenapa ada perempuan untuk berhibur?
kenapa ek?

tadi, I baru jer habis exam...nasib baik boleh jawab!

Sunday, April 17, 2011

Bertuah Juga ek Nama Intan Natasha ni~

seronok makan-makan tadi bersama kawan-kawan 
yang sama group masa projek Pos Betau,
mentang-mentang lecturer bagi duit RM100...
lagaknya macam dapat RM1k. hahahaha....

kenapa?
sebab jamuan kitorang makan Snack Plate, KFC! hahahaha.....
semuanya ada 28 orang. so, cukup ke RM100 tu?
sebahagian dari kami~



itu belakang kira..... yang penting happening~

then bertuah rupanya nama Intan Natasha ni ek.....
bila hari ini I telah menderma air mata berbaldi-baldi siang tadi.....
tiba-tiba, masa jamuan tadi i dapat hadiah untuk cabutan bertuah pulak.
muka tak boleh terima kenyataan.

hehehehe....
seronok~

Friday, April 15, 2011

Virus Cinta

Pemberitahuan:

BUAT MASA NI AKTIVITI UPDATE BLOG TERHENTI SEKETIKA 

KERANA  TASHA'S LAPPY 

TELAH DISERANG VIRUS CINTA.

HUHUHUHU......

WILL MISS U OLZ


Thursday, February 3, 2011

sambungan Pentingkah Dara bagi Lelaki?

Episod 1 Pentingkah dara bagi Lelaki


Dari ceritanya,aku tahu dia masih masih lagi dalam frust.Enam tahun mereka bercinta.Pernah makan sepinggan dan tidur sebantal.Aku percaya dengan ceritanya,walaupun mereka pernah merakamkan aksi seks mereka sewaktu bersama,tetapi bukan dia yang menyiarkan Clip Video itu di INTERNET.Mungkin juga Video Clip itu dirakam oleh pihat Hotel yang pernah mereka tumpangi sewaktu dahulu.Ada pihak yang meraihkan keuntungan dari dosa mereka.

Kini aku kian JIJIK dengan isteriku,setelah menyaksikan sendiri aksi isteriku disetubuhi oleh orang lain.Aku yakin tiada lelaki yang boleh bersabar dalam situasi ini.Jujur aku katakan,aku sebenarnya tidak selesa bila mengetahui yang isteriku sudah tidak suci lagi sejak dulu lagi.Anak yang lahir dari hasil pernikahan kami,hanya hasil nafsu seorang lelaki pada kaum wanita.

Kini aku tahu,yang isteriku juga tidak melayan aku sepertimana ia melayan bekas kekasihnya dulu. Setelah mendapat pertunjuk,aku pun melafaskan talak pada isteriku.Aku terpaksa melakukannya demi untuk menjaga hatiku sendiri.Aku tidak mahu dia tersiksa.Aku boleh mendapat layanan batin sekiranya aku berkahwin lain.Aku lelaki,aku ada hak berkahwin empat.Sekiranya aku menurut nasihat jahat sebilangan rakanku,mereka melarang aku menceraikan isteriku.

Sebaliknya menikahi gadis yang lain dan menyiksa batin isteriku.Tetapi aku masih beragama,aku tidak mahu jadi dayus atau jahat.Dendam dan marahku hanyalah KEMAAFAN.

Kepada semua ibubapa,sekiranya anak-anak gadis menolak perkahwinan atas pilihan mereka,cuba menyiasat kenapa?

Terima sahaja siapa pilihan anak-anak gadis kita sekiranya pihak lelaki itu jujur walaupun beliau telah beristeri.Jangan fikirkan soal harta,pangkat dan darjat.Yakinlah rezeki itu datang dari Allah.Jadikan cerita untuk renungan kita bersama.


Kepada anak gadis-gadis yang kebanyakan menguasai IPTA dan IPTS,ingatlah pada ALLAH jangan melakukan zina.Jangan merakamkan aksi lucah anda.Akibatnya suatu hari nanti anda yang rugi.Pilihlah lelaki yang beriman dan jadikan diri anda beriman.Bila anda beriman, anda akan mendapat lelaki beriman.Begitulah sebaliknya juga.


Nasihat khas pada kaum lelaki,wanita itu anugerah Allah pada kita,so hargailah mereka.Wanita itu ibu,kakak,adik perempuan,anak dan guru kita. 
Mereka perlukan khalifah,oleh itu didik mereka kejalan yang diredhai.Sekiranya anda berpoligami,tunaikan kewajipan anda dengan seadilnya.Yang paling utama TANGGUNGJAWAB AGAMA.Jangan abaikan kasih sayang walaupun anda tidak mampu pada harta.Jangan menceritakan perihal isteri pertama kepada isteri kedua,begitu juga sebaliknya.Pupukkan silatulrahim antara mereka dan jangan merahsiakan perkahwinan anda.Dekatkan diri anda kepadaAllah, tiada tempat yang terbaik untuk kita memohon pertolongan.


IPTA DAN IPTS berlambak-lambak melahirkan cerdik pandai tetapi sebilangan besar adalah gadis yang tiada dara dan teruna noda.


diceritakan oleh: mekhisi. story about friend's of him


jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. memang perempuan yang sudah tiada dara akan dianggap hina. itu bagi perempuan yang tak tahu insafi diri. (klik sini untuk isteri yang tak tahu insafi diri. JANGAN JADI MACAM DIA)
tapi, kalau seseorang wanita itu sudah insaf, terima la dia seadanya dan lupakan kisah yang lalu. sebaiknya.... bimbinglah dia ke jalan Allah. supaya dia benar-benar bertaubat.

Wednesday, February 2, 2011

OMG! itz so Lesbian!!

LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: “Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.
Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang ‘pengkid’ sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil. 
Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.

“Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.



“Disebabkan kealpaan menjalani kehidupan bersama Az yang bekerja sendiri, rumah tangga saya yang dibina bersama suami atas dasar cinta selama tujuh tahun lalu musnah,” katanya ketika di temui di Bangsar, semalam.


Menurutnya, hatinya terpaut dengan pengkid terbabit kerana memahami jiwanya dan pandai mengambil hati selain belaian romantik yang tidak diberi bekas suami.

“Sejak mengenali pengkid terbabit, hidup saya berubah 100 peratus dan sanggup memberinya sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 serta pelbagai barangan mewah lain sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian pada anak-anak.

“Kami mendiami kondominium di kawasan elit dan sentiasa bersama termasuk bertemu pelanggan, makan dan tidur sekatil. Bagi saya, saat bersamanya ketika itu detik yang paling bahagia dan bermakna menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya walaupun sedetik.

“Saya juga tidak berpeluang menjenguk suami dan anak-anak kerana akan berasa ‘panas’ apabila berada di rumah sendiri dan mengikut segala kehendaknya,” katanya yang terpaksa menyerahkan hak jagaan tiga anak kepada ibunya.

Katanya, semua perkara yang mahu dilakukan perlu mendapat kelulusan Az termasuk bertemu pelanggan lelaki dan jika ‘kekasihnya’ itu nampak dia bersama lelaki lain, dia akan diugut menyebabkan perniagaan dibinanya ada kalanya berdepan masalah.

“Semua benda yang dilakukan perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Jika saya ingkar, dia akan memukul dan menendang saya sedangkan bekas suami tidak pernah melakukan perbuatan itu.

“Saya juga wajib memberi wang saku kepadanya RM10,000 setiap bulan selain menaja kos pelancongan luar negara dan membeli barangan berjenama lain. Pendek kata, pengkid itu hanya memesan dan saya akan membayarnya,” katanya.

Katanya, sejak menjalin hubungan, semua wangnya dipegang pengkid terbabit termasuk kad kredit dan kad bank.

“Az juga marah jika saya mahu memberi wang kepada ibu di kampung kerana beranggapan hanya dia layak menerima wang saraan setiap bulan.

“Sebelum ini saya pernah terfikir untuk menjauhkan diri daripadanya, tapi tak berjaya kerana berasa kasihan kepadanya dan kembali semula selepas sehari berpisah.

“Saya tersedar sepenuhnya Julai tahun lalu selepas berubat dengan beberapa ustaz dan cuba menjauhkan diri daripadanya hingga menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat pelbagai ugutan termasuk cubaan menjatuhkan perniagaan serta maruah saya,” katanya.

Sejak meninggalkan pengkid itu, Julia berkata Az berusaha memusnahkan hidupnya hingga menimbulkan ketakutan menyebabkan dia membuat laporan polis tiga kali di ibu kota.

“Saya harap dia tidak akan mengganggu hidup saya lagi kerana saya mahu kembali hidup normal. Cukup saya menghambakan diri kepadanya sehingga tersasar daripada landasan agama.

“Apa yang saya tahu, Az kini sudah menemui cinta baru dengan seorang wanita kaya untuk dijadikan mangsa. Dia dan rakan-rakannya sanggup mengikis harta wanita kaya untuk kepentingan diri,” katanya.



sumber: Metro


kesian suami dan anak-anak dia. 
sesungguhnya kita suka mengabaikan apa yang ada depan mata demi sesuatu yang lain yang kita anggap lebih baik dari yang kita ada. dan akhirnya bila kita menyesalinya...... semua pun dah berakhir dan diri akan menyesal kerugian.

Cabaran 2011

wah~ tahun baru baru je sebulan datang
dan January baru sahaja malebuhkan tirainya.....
tapi sepanjang bulan January ada beberapa perkara yang menduga I

nampaknya 2011 ni macam mencabar je....
mana taknya...
baru lagi dalam January,
 ~I dah ditinggalkan oleh sang boyfie,
~hati ini disakiti oleh orang yang tak ada perasaan,
~then, my grandma pulak jatuh sakit.

apa pulak akan jadi lepas ni???

tapi tak kurang juga ada yang menarik~

dalam January sahaja:
~I dapat radio baru untuk JoHoK kesayangan ku (ayah ganti radio, setelah sekian lama radio tu mogok tak mau menyanyi)
mcm ni la rupa dia lebih kurang.....
 range harga dipasaran RM360-423 (I tgk harga international, sebab lupa nak tanya my dad dia beli brape ringgit.)
~my boyfie berjaya capai cita-citanya masuk Polis
~dapat BE pertama dari Nuffnang.

so, rasanya not bad juga....
bersedialah untuk hari yang mendatang wahai Tasha~

Thursday, January 6, 2011

Untitled

"cha apa khbr?...sampai hati tk ikut p hantar pengtin...mama tk nampak pun dara2 sblh famly kita...napa?....ada apa2 yg tersentuh ke...atau loteh sangat...?? mintak2 jgn sampai ada yg berkecil hati....tak seronok...buang yg pahit...tinggalkan yg manis je..."


pagi2 (pagi sangat ker???) masa tengah nak sediakan tugasan2 untuk kuliah, ai pun menjengah ke Facebook ai. tgk ada 1 new message inbox. ai pun tgk, rupanya dari my auntie yang baru buat kenduri pada 1 jan 2011 aritu.

actually kenapa ai tak ikut pergi hantar pengantin haritu pasal ai sangat berkecil hati dengan my family yang ada kat rumah my grandma. 

ai ni punye la baik hati nak pergi ikut hantar pengantin. kalau dibandingkan dengan my cozens yang masing2 perasan bagus tu! lagi lah diorang tak ada hati langsung nak ikut. i ni, niat dah ada....tapi ada pulak orang yang mematahkan hati dan perasaan ai. macam mana la ai boeh tak sedihh?????

ai dah mandi, dah bersiap gosok and pakai baju, sekali bila keluar ke ruang tamu, semua tegur kenapa baju ai ni jarang sangat???? ai pun rasa down sangat and cuba la menggeledah beg ai mana lah tau kalau-kalau ada baju kurung lain. sekali ada la pulak baju kebaya ai ni.... ai pun tukar dan pakai.

bila ai keluar ke ruang tamu untuk make up. coz dalam bilik pencahayaan tak sesuai untuk make up, diorang tegur lagi kenapa pakai baju kebaya ni nampak sangat line spender. ai nak kata macam mana.... bukannya ai tengah berbogel pun..... apa salahnya kalau lantakkan aje..... bukan nampak ai pkai spender warna apa pun.... aduhai.

ai pun cakap dengan diorang 
"jangan nak tegur lagi pasal line spender ai okay!!!!"

then diorang pun diam. 

tiba-tiba ada sorang cozen ai datang, dia tak dengar yang ai dah warning semua orang tadi. dia boleh tegur lagi sekali pulak pasal line spender ai. masalahnya kenapa line spender ai jadi gitu sebab ai tak bawa spender yang sesuai untuk pakai dengan kain macam tu. ai dah mula rasa give up sebab my cozen yang tak dengar warning ai tu!...

then ai pekak kan aje telinga ni, and make up je terus.
aleh2 ada lagi suara sumbang yang cakap "kenapa make up sekarang? nak pergi pukul 1 nanti~" 
sebab jam baru pukul 11am.

masya-Allah.... sabar je lah. apa salahnya kalau ai nak make up pukul 10 ker, pukul 6 ker, pukul 8 ker, pukul berapa pun!!!!!! pergi mampos la!

ai betul2 bengang and ai terus cakap yang "ai tak nak pergi!!!!!!!"

my mom yang ada kat situ, jeling and diamkan aje.
ai terus amik barang ai and masuk bilik. dalam bilik, masing2 tanya kenapa salin baju ni? tak nak pergi ker? ai pula.... diam aje and tak ckap apa2.

ai give up!!!! ai sakit hati and kecewa dengan my family!

thatz  it! cukuplah korang mentertawakan ai yer...... 

terima kasih banyak2!


Tuesday, October 5, 2010

Jangan Kacau Saya 2

nasihat untuk semua dan nasihat untuk diri saya sendiri juga.

biar apa pun nak jadi kat orang lain atau biar apa pun orang nak cakap pasal kita.
keep stand on your own feet ok!!

tapi jangan jadi bodoh sombong pula... kadang2 orang selalu judge a book by its cover.
jadi.... tak salah kalau kita kenal dan kawan dengan semua orang asalkan kita pandai bawa diri ye....
mak ayah mesti suka...
and semua orang pun senang hati dengan kita.

sekian~



-sekadar gambar hiasan-


p/s: perempuan merokok tak baik untuk kesihatan dan kandungan. TQ

Thursday, August 12, 2010

u are REJECTED!

tak tau macam mana nak mula.
tapi aku perlu luahkan juga perasaan ni.
sedih....
walaupun mcm bodoh jek kesedihan aku ni.
tapi aku sedih giler.

rasanya baru pertama kali kot aku merasakan macam mana perasaan di reject mentah2.
huwaaaa.....
apa yang aku kene reject?
lelaki reject couple ngan aku ke?
proposal aku di reject ke?

ada sorang kawan ni..... aku kenal masa jadi sukarelawan IPC Powerlifting.
nama dia Dan. masa kat sana juga dia kenalkan la aku ngan kwn dia mana Danny
so, aku ngan Dan and Danny ni macam close juga la masa kat IPC tu
then bila benda ni dah berakir, aku pun nak la still keep in touch.
so, after aku dah add Dan kat FB. aku pun cari la Danny dari FB Dan.
aku pun add la Danny.

mula2 aku pelik la nape dia x approve2 aku ni?
padahal privacy setting FB dia aku nmpk ada perubahan.
klu nak kata dia tak buka FB, mcm mana privacy setting dia bleh berubah kan?
so, aku pun assume yang mungkin dia lupa nak respon.
aku pun padam la dulu request aku tu.
selepas 1 masa yang lama, aku add dia blk.
tiba2 pagi tadi aku tgk FB dia. aku kene request smula to be friend.
maknanya apa??
maknanya dia dah klik 'ignore' la kat friend request atas mana aku tu....

sadisnye....
dia xske aku la maknanya...
dia xnak kwn ngan aku ke???? kenape?
aku ada salah ckp ngan dia ke?
aku ada kecik kan hati dia ke?
WHY? Why? whyyyyy.....????
huwa....
mcm aku ckp tadi,
mmng kesedihan aku ni nmpk bodo.
tapi aku tetap sedey coz dia REJECT aku.....
dia reject aku...
bukan aku mintak couple ngan dia pun....
huwa....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...