nuff

Thursday, February 24, 2011

Etika Ber Roommate

malam tadi, tengah mengemas kain baju yang menimbun-nimbun untuk dibawa ke Pahang,
sambil tu kami berbual la macam-macam cerita.
tiba-tiba bercerita kisah-kisah hitam bersama unknown 
yang hidup dalam bilik yang sama dengan kita (roomate lah! itu pun tak faham~)

so, kat sini... berdasarkan pengalaman,
I nak kongsikan apa yang patut kita lakukan supaya hubungan sesama roomate ni tak terjejas sebab perkara yang kecil.

1. berbaik-baiklah dengan roomate anda. walaupun anda pendiam... jangan tunjuk muka emo. nanti roomate ingat korang ni budak Black Metal pulak.

2. TOLONGLAH JANGAN  jadikan barang roomate sebagai harta sendiri. (sebab pernah dalam pengalaman kawan I, dia kata roomate dia siap mandi terus bukak almari roomate lain and pilih baju roomte macam baju sendiri and terus je pakai. seriously dia buat harta roomate sebagai harta sendiri!)

3. sama-sama la mengemas bilik bila tengok bilik bersepah.

4. jangan penuhkan tong sampah roomate dengan sampah kita padahal tong sampah kita bersih tiada noda. JANGAN MACAM TU!!!! teruk tau!

5. jangan usha barang roomate untuk nak di ambil/ dipinjam/ disental suatu hari nanti.

6. walaupun roomate kita nampak macam tak kisah. tapi TOLONG jangan ingat dia memang tak kisah!

7. jangan melenjan katil roomate sesuka hati pada ketiadaan dia. sebab boleh kantoi okay!

8. kalau nak pinjam barang dia, sila beritahu sebelum ambil. jangan dah ambil baru nak bagi tau.

9. berkongsi la kegemaran yang sama....jangan buat roomate tu asing sangat. walaupun anda seorang yang tak suka cakap banyak.

10. jaga lah hati roomate. kalau agak dia buat muka.... jangan la buat bnda yang dia tak suka.

11. jangan lakukan hobi kita sampai menjejaskan mental roomate. contohnya minat berkebun, abis bilik penuh tanah.

12. kalau dah tau roomate tak suka sepah/kotor jangan la kotorkan bilik.

13. kalau dapat roomate yang sememangnya pengotor, jangan pulak sama-sama jadi pengotor! (nanti orang lain nak masuk bilik u olz pun terpaksa fikir 10x and last2 orang tu berdiri depan pintu je. itupun sambil tutup hidung. OMG!!!!)

14. sila jangan biarkan sampah basah yang boleh berbau dalam tong sampah dalam bilik. nanti bilik berbau. contohnya sampah makanan, pad, hingus, kahak dan lain-lain.

hiasan semata-mata.


cukup la untuk itu dulu....kalau ada mana-mana yang I teringat, nanti I tambah.

PERINGATAN! semua di atas bukan pengalaman Tasha semata-mata
 tapi ada juga pengalaman orang lain yang I kongsikan bersama untuk kita semua.

8 000 kritikan hebat!:

Cik Pulau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waahhh.. menarik-menarik...
tapi mmg betol pn..
takkan nak buat harta roomate macam harta sendiri kan..wink wink..^^,

alamak sha!!!
tiba2 teringat yang cik pulau guna earphone sha aritu.. lupa nak cakap..dah guna baru cakap..sori lah yer..
lalala~

yanamib said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg kena byk give and take klu ada roommate atau housemate..xleh jd selfish and xleh jd terlalu memberi..hehe~

Tasha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@cik pulaulalala.... untuk itu dimaafkan.

Junaidiey said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice info......
sangat2 berguna dan pernah mengalaminya... thanks Tasha...

una berry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak sangka eh ada gak orang cam no 2. roommate dia xbeli baju ke apa sampai kena pakai baju orang lain? pelik gila~

I pun x suka org duduk atas katil I nak lagi kalau i belum rasmi pun lagi. lagi hangin kalau memembe dia yg wat muka toya xreti nak blah biarpun org dah wat muka.huh

KNS said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semuanye sgt betul ! =D
rase nak print je entry ni dan tampal depan bilik!
ngeh ngeh =p

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takkan la ada jugak yg biar pad, kahak dalam tong sampah dalam bilik..keji + kejam melampau tuh..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ni kes tak nak roomate.banyak sebab..
dia sekati guna barang kita, adoh..rasa nak marah giler..apa boleh buat..diam je..
harta memang aset bersama..takda share pun beli..macam sara anak orang pulak.,
jgn lah ringan tangan nak sentuh barang roomate...takda orng suka...
kalau roomate x sentuh, jgnlh sentuh!
malang lagi request bilik lain, masih kena roomate yang sama...tawakal giler 1 tahun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...