nuff

Friday, February 4, 2011

Tan Sri Rabun

Suatu hari Tan Sri mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu peribadinya untuk menemani.

Tan Sri : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup." 
Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya." 
Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri : "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali." 
Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri : "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak." 
Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri... Itu kan cermin. Wajah itukan wajah Tan sri!"

0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...