nuff

Friday, February 4, 2011

Tips menaikkan seri pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut. 

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas. 
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...