nuff

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu....

Sejak dah jadi guru Interim ni.... ada la gaji sikit-sikit.... so, boleh la nak belanja lebih sikit untuk Hadiah Hari Ibu. macam post I yang lalu, hadiah untuk Ibu tak semestinya mahal. tapi kalau seikhlas hati, ucapan dan kucupan pun dah cukup buat Ibu kita rasa gembira. 

I belikan Beauty Umaira  RM230 je,(telan air liur dengarkan harga dia.) xpelah,  hope kesihatan my mom akan bertambah baik and menjadi semakin cantik dan berseri-seri. I beli benda ni bukan apa..... sebab terpengaruh dengan gaya pemasaran Kak Ton dalam Wanita Hari Ini kat Tv3 tu. 

Bila Kak Ton cakap beriya-iya..... "macam yer je boleh cantik, Kak Ton ni. Nanti Along beli, ibu makan tau.... kalau tak cantik, kita saman Kak Ton. hahahaha" I cakap kat my mom. ngeeee..... so, sebab tu lah I beli benda ni kasi kat my mom. dengan harapan, banda ni berkesan. 

Along sayang ibu~ 

Tuesday, May 8, 2012

Costume Institute Gala 2012

berkenan dengan beberapa fesyen omputeh ni....

dah la warna memantul, ada sisik duyung pulak tu..... tergoda~
kalau ada dinner tema under the sea, boleh la cari baju ni. ye tak?

yang ni pulak, I berkenan sangat sebab nampak manis aje....
memang fesyen mcm ni tgh in. kembali kepada zaman dolu-dolu~

TQ

Terharu Dengan Ketulusan Hati

Hari ini hati I sangat tersentuh dengan ketulusan anak 'Ahli Syurga' ini.....

Al-Kisahnya, semalam..... si Wyla ni bad mood agaknya. dia asik marah2 I and tgk muka I pun tak mau..... bila dengar suara I dalam kelas dia, dia asik cakap "bising la kau ni" dengan nada marah(I masuk kelas dia, bukan waktu I. masa tu waktu cikgu lain. kelas pendidikan khas la katakan~). I pun agak sentap bila benda tu berlaku berulang kali.... tapi tak de la sentap tahap kecik hati. sebab I tau, budak macam ni memang tak cakap tulus dari hati macam manusia biasa. kerana diorang ni memang manusia yang luar biasa ALLAH cipta istimewa untuk menghiburkan dunia kita.

mula-mula, I bergurau-gurau juga la dengan si Wyla ni..... cubit-cubit manja bila dia marah2 I and buat2 merajuk dengan dia.... akhirnya I keluar dari kelas bila dia dah nak balik... 

Dipendekkan cerita.... pada hari ini, tiba2 dia datang minta maaf dengan I masa I tengah layan anak-anak istimewa yang lain. Oh My God!!! mulianya hati dia.... padahal I tak de pun makan hati dengan perbuatan dia, dia datang seikhlas hati dan tak ada sesiapa pun suruh. dia datang pada I and cakap "cikgu, saya nak minta maaf, bla...bla...blaaa..." (tak berapa faham apa yang dia cakap sebab sebutan tak sempurna)...I pun cakap dengan dia, "Cikgu tak nak maafkan kalau Wyla tak peluk cikgu".

Laju-laju dia datang pada I and peluk I. rasa damai sangat peluk 'Ahli Syuga' ni, bukannya tak pernah peluk dia.... tapi kali ini, I rasa damai and terharu sebab tersentuh dengan ketulusan hati dia.

OHMYGOD~

(dia telah menyedarkan I yang  sangat berat mulut untuk minta maaf pada orang. Thanx ALLAH!!)

Lepas berpelukan dia sibuk tengok handphone I, so..... apa lagi, amik gambar la~
si Wyla ni dah 16 tahun dan syndrom down. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...