nuff

Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Psst.... ada benda nak bagi tau ni.... baca lah. PLEASE!!!

‎1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5

2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8


3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9


4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15...............


5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k.....


6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16


7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2


8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?


9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18


10- Blom lg la..baca NO 19 ye..


11- da pnt ke? Baca jap NO 13


12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)


13- tggal sikit ja lg bce NO 20


14- argh,pnt nih..bce NO 1


15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6


16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12


17- ades, nk ckp nih..baca NO 7


18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10


19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..


20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja




DIKONGSIKAN DARIPADA FACEBOOK.

Monday, April 11, 2011

Kesalahan Berbahasa.

Sebenarnya I tertarik dengan entry Nub bertajuk 'Kesalahan Ketika Bercakap Secara Fomal'
tapi masih ada perkara yang perlu diperbetulakan disitu. 
tajuk tu sepatutnya 'Kesilapan Dalam Komunikasi Formal'
barulah bertul-betul formal kot. heheheh
jangan marah naaaa.....

 seperti yang diterangkan olah nub, 
di atas adalah contoh kesilapan ketika berkomunikasi secara formal.
kalau dalam perbualan pun dah terbiasa ada so, that, then, next, dan sebagainya....
apatah lagi dalam penulisan kan?

jadi, sama-samalah kita memartabatkan bahasa kita supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain.
contoh di atas adalah kelemahan I sendiri.
macam mana nak jadi cikgu ni????
sah-sah Tak layak jadi cikgu Bahasa Melayu.
rosak bahasa anak murid nanti!

tapi kan..... orang putih tu...
kalau kita tak pandai bahasa inggeris dan nak berbual dengan dia,
dia tak de pun menyombong dan tak layan.
biasanya dia akan cuba untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan.
kalau orang kita???

baru terselit ayat perkataan BI sikit, dh dituduh nak tunjuk  belagak.
macam mana lah orang tu nak tingkatkan bahasa dia kalau dia tak diberi peluang.
hurmmmm..... (I kesian kat orang yang tak pandai Bahasa Inggeris langsung macam yang kita selalu dengar kat radio Era pagi-pagi tu. Segmen Can I Help You)







p/s: I punya bahasa inggeris pun tak baik sangat~

Saturday, January 29, 2011

Mari Belajar guna "Bah" dalam dialek Sabah dan Sarawak

entry kali ini adalah mengenai pengunaan "BAH" yang sering digunakan oleh org sabah dan sarawak..
kenapa I buat enty macam ni? sebab I pernah juga menetap di Sabah dari usia 10 tahun hingga 13 tahun.
so, here we go.....
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata
tambah “-bah” yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah “-bah” mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat:
Iya bah. – Iyalah.

Jangan bah! - Janganlah!
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu – (Kamu pergilah dulu).

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah “Baiklah”, atau “Begitulah”.
Contoh ayat:
BM Sabah: “Boy, nanti ko pigi beli beras di kadai sana.”
Boy menjawab, “Bah.”
BM piawai: “Boy, nanti pergi beli beras di kedai.
Boy menjawab, “Baiklah.”

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org Sabah akan menyebut “Bah” bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1.”Ko orang KL bah kan?” (awk org KL kan?)
2.”Sejuk bah ni air” (sejuknya air ni)
3.”Awal lagi bah ni” (masih awal lg)

Penyalahguaan "Bah"
Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan “BAH” yang begitu unik. Tetapi perkataan “BAH” ini sering disalahertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan “BAH” dalam ayat-ayat ini:

1. “Apa kabar bah?” – Kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. “Suda makan ka bah?” (Aneh….)
3. “Bila balik bah?” (Tak betul juga)
Oleh itu marilah bersama-sama menggunakan bahasa sabah dengan betul, jangan memalukan diri anda dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah... kita kan 1 malaysia   


Lagi… Bahasa Sabah and Bahasa Indon are 2 TOTALLY DIFFERENT THINGS.


sumber: orang sabah (kehilangan backlinknya. kalau tuan punya entry jumpa ini, sila la bagi link kamu yer)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...