nuff

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Keluarga besar Jolie-Pitt


best kan ada family Jolie-Pitt. family besar....!!
anak-anak pun antarabangsa. memang universal habis!
Maddox, 9 (dilahrkan di Kemboja), Pax, 7 (anak yatim dari Vietnam), Zahara, 6 ( Ethiopia), Shiloh 4 (dilahirkan di Namibia), Knox and Vivienne, 2 (lahir di France). 


mesti meriah rumah tanggai diorang kan ada anak-anak yang comel dan murah rezeki diorang sebab 
melindungi anak-anak yang malang macam Maddox, Pax and Zahara tu.

I paling suka Maddox and Shiloh sebab diorang anak yang baik.
katanya Maddox ni abang yang bertanggungjawab...


dan Shiloh pulak sering mengalah dalam adik beradik.... 

comel kan??

and yang paling best adalah..... semua anak yang dilahirkan oleh Angelina Jolie ada bibir yang sama macam mak dia. hehehehe......



Tuesday, April 12, 2011

(kejam) Baby dikerah mengemop lantai.


sampainya hati mama dia buat anak dia mcm tu..... tapi macam comel la pulak. 
kesian pun ada~

Tuesday, October 5, 2010

Jiwa Kacau

eh?
hehehe... :)
grrrr.....

aku tampo gak budak ni kang

Monday, October 4, 2010

saya 2


ok, saya frust sekarang sebab semangat yang berkobar-kobar untuk buat latihan ilmiah telah dimatikan dengan isu tak ada air di Blok B ini. tambahan pula tetiba jek malam ni sampai 2x tak ada elektrik yang lebih teruk daripada biasa. (ada kaitan ke dengan semangat nak buat latihan ilmiah???) ahhh....lantak la... nak patah semangat juga! (pemalas sebenarnya) shadap you!!

lagi satu benda yang tak ada kaitan adalah:

saya

cuma ada

3 adik beradik sahaja. iaitu:

along -Intan Natasha Bt Abu Bakar

angah- Abu Aliff Izzati B. Abu Bakar

dan

adik- Abu Izzani B. Abu Bakar

xde kaitan!!!!
ini betul-betul tak ada kaitan ok!!!!


saya buhsan~

Saturday, November 7, 2009

Find The Moral Of The Story

DRAMA MINGGU INI

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. Ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.

Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.

Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...