nuff

Sunday, March 6, 2011

Cinta dalam Bas

rasa terharu pulak Miss Ran letakkan nama I dalam watak dalam cerpen dia

semalam lagi Miss Ran dah bagi tau yang I jadi pelakon.
tapi tak berkesempatan nak baca karya kreatif dia. cuma pandang sekali lalu and rupanya dia linkkan blog I pada setiap nama Tasha dan Sha dalam ceita tu. 

terharu seh~

btw, setelah memperuntukan masa untuk membaca cerita yang sangat indah itu,
I jadi teringat cerita tentang kawan kepada kawan I.

situasinya adalah masa tu kawan I si Zie dan kawannya si Len dalam perjalanan nak balik rumah selepas penat berjalan-jalan di bandar. naik lah bas awam.... tapi malangnya diorang tak dapat duduk bersama sebab bas penuh dan ada 2 sit kosong yang berasingan. maka terpisahlah mereka seketika. 

Si Len pun duduk, penat sangat berjalan di bandar sampai tertidur-tidur si Len. dalam sedap sangat tidur tu, si Len terlentok kepala kat orang sebelah dia. lelaki plak tu...... si Zie yang memerhatikan keadaan nak tegur atau kejutkan kawan dia tapi segan la plak katanya.....

si Zie kata lelaki tu dah tolak2 kepala si Len. tapi, si Len sedap sangat dapat tidur berbantalkan bahu lelaki. sedap sangat la tu kononnya....... yang buatkan cerita tu macam agak funny adalah si Len bukan stakat berbantal bahu percuma..... siap bagi peta asia kat baju lelaki tu (tidur sampai meleleh air liur). bengang la member.... dah ditolak-tolak tak nak blah juga. lelaki tu pun kejut si Len.

bila si Len terjaga, dia terkejut sebab dia bersandar pada lelaki tu. kecoh jugalah kejap sebab si Len sangka lelaki tu ada buat benda yang tak baik pada dia. padahal dia yang tidur tak menyedar dunia. hahahaha......
dia pukul-pukulnya bahu lelaki tu. dia kata lelaki tu buat benda yang tak baik pada dia. lelaki tu tabahkan hati untuk bersabar dan menerangkan keadaan yang sebenar.  then, bila keadaan tak terkawal, si Zie pun datang untuk selamatkan keadaan dengan menerangkan situasi sebenar pada si Len. 

si Len pun malu la nak mampos sampai merah padam muka dia..... dia bagi la sapu tangan dia pada lelaki tu (sebab si Len ni memang minah sapu tangan. owez bawa sapu tangan) si Len lap-lap la air liur basi dia yang dah melimpah kat baju lelaki tu. lelaki tu amik sapu tangan and lap sendiri, dengan sabar dia kata "tak pe.. tak pe...".

lelaki tu tekan loceng and terus blah. masa lelaki tu nak turun, si Len siap mintak pulangkan semula sapu tangan dia semula. tapi tak sempat sebab lelaki tu dah turun and bas dah gerak.... hurmmmm...... sampai situ je keer??


rasanya tak kot~

cerita ini diceritakan oleh si Zie pada I masa tengah borak-borak kosong. si Zie kata, lepas hari kejadian.... rupanya lelaki tu cari si Len! dengan harapan untuk pulangkan semula sapu tangan si Len. macam mana diorang jumpa semula untuk pulangkan sapu tangan tak diceritakan pulak. tapi..... menurut si Zie.... oleh kerana kenangan dalam bas tu, mereka menjadi pasangan paling bahagia hingga kini. 

sweet kan??

hahahaha...... macam tu punya kisah cinta pun ada...... tapi boleh tahan klakar gak la. boleh buat filem!!
I rasa mesti sampai diorang tua pun, diorang takkan lupa macam mana cara jodoh mereka ditentukan oleh yang Maha Kuasa.

semoga mereka terus bahagia hingga akhirnya. amin~
kisah cinta I ?? 
tak menarik langsung!!      






1 000 kritikan hebat!:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ala memasing ade kisah cinte y menrik kan mengikut acuan sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...