nuff

Friday, July 20, 2012

Guru Pengiring

Last week bawa budak pertandingan permainan tradisional.

Minggu ni pulak bawa budak ke Smpk Vokasional Indahpura,Kulai untuk perasmian spa diorang



Thursday, July 19, 2012

Yang Buruk, Jangan Dikenang

Hidup ni kita akan lalui banyak pengalaman kan??

Memandangkan kita dah nak berpuasa ni.....apa salahnya kalau kita belajar untuk memaafkan seseorang dengan seikhlas hati dan melupakan semua keburukan yang orang lain pernah lakukan pada kita. ye tak??
sebab, mana lah tau kalau-kalau ini Ramadhan terakhir kita kan??

I nak cerita yang I tak berapa suka sikap orang yang suka memburukkan pasangan atau orang yang pernah dia sayang pada sesiapa aje yang bertanya. Bagi I, sebaik-baiknya hal masalah rumah tangga and masalah yang pernah kita lalui dengan pasangan mestilah dirahsiakan dengan rapi....bukan senang-senang pegi cerita kat semua bila ada aje yang bertanya. 

orang yang bertanya tu pun kita tak tau niat dia kan? samada dia memang betul-betul ambil berat pada kita atau dia sebenarnya seronok dengan masalah yang kita hadapi. (seronok melihat kita jatuh@sengaja nak jatuhkan pasangan kita) 

bagi I, bila kita ada masalah memang la kita perlu luahkan pada seseorang. tapi sebaik-baiknya bukan dengan semua orang yang bertanya. "eh, apasal ko ngan si Anon tu?", "apasal status ko ni marah sangat?", "ko ngan si Meon tu dah cerai ke?" bila ada yang bertanya, terus je cerita dari A-Z. benda yang orang tu tak pernah tau pun boleh tau. bila orang dengar cerita kita, orang boleh pikir luar dari apa yang kita cerita. kita kata A, orang tu cerita kat si Peah dah jadi A+B+C. ish..... malu lah!!!!

kalau nak luahkan perasaan, pilihlah kawan atau ahli keluarga yang betul-betul boleh dipercayai. kalau xde juga yang boleh dipercayai....carilah kaunselor. 

jangan senang-senang cerita buruk orang lain pada sesiapa sahaja. malu!!!! malu orang lain pun kita kene jaga juga, walaupun kita ni dah tak suka kat dia. betul x? semua orang ada maruah. kalau dah benci sangat pun, menceritakan buruk orang lain tu BUKAN CARANYA! 

cara yang paling baik adalah pikirkan yang indah-indah dan buang yang keruh, ambil yang jernih.   :)

Wednesday, June 20, 2012

Overprotective Parent



The negative side of over-protectiveness, including:
(a) Undermining children’s confidence in their own abilities to take care of themselves and get things done;
(b) Instilling fear of failure such that they are denied the chance to learn how to persevere while standing on their own 2 feet;
(c) Stunting growth and development—in fact, studies have shown that these children lack some of the knowledge to negotiate what they need, solve their own problems, stay safe, and interact in close quarters with others;
(d) Inability to launch because they’re unsure of their passion, their own direction, and what to do next, if it means doing it on their own;
(e) Taking more staff, teacher, and administrator resources that would be directed towards their children but instead, must be used to tend to parental needs and wants; and, ironically,
(f) Raising parental anxiety levelsresearch has shown that parents who consistently judge their own self worth by their children’s success report feeling more sad and having a more negative self image than parents who did not engage in this behavior.

dalam situasi di atas, I rasa sebagai parent, tak salah rasanya untuk lepaskan anak kita bermain di padang dan mereka bebas memilih permainan apa yang mereka nak, dan tak salah rasanya biarkan mereka terjatuh asalkan tak cedera teruk. sebab bila mereka jatuh, mereka belajar yang dia dah buat kesilapan dan mereka akan belajar untuk elak daripada jatuh lagi. betul tak?
I rasa, untuk jadi parent yang nak anak kita berdikari...biarkan mereka pilih apa yang mereka mahukan. dan kalau pilihan mereka itu tak sesuai, jelaskan pada mereka kenapa pilihan tu tak sesuai. contohnya kenapa tak boleh main di tepi jalan, sebab nanti kene langgar. 
budak kecik perlukan penjelasan. kita tak boleh kata "Tidak" tanpa jelaskan akibatnya. dan sepatutnya untuk tarik perhatian mereka supaya tak buat apa yang diorang nak, kita kene bagi pilihan "nak kene langgar kereta atau nak main kat dalam rumah?" atau kita berikan ganjaran yang sesuai lepas dia buat apa yang dia tak suka. contohnya "Kalau makan sayur, lepas ni kita pergi Zoo".
seingat-ingat I, masa I kecil-kecil dulu, my parent akan lepaskan dan biarkan I main apa pun, dan kalau I jatuh sampai berdarah lutut pun xpe.... nangis pun sekejap aje sebab ibu akan cakap "sikit jee..balik nanti sapu ubat. Along kan kuat" so, bila darah dah di sapu. I dah lupa tentang sakit itu dan bermain semula. janganlah bila dia jatuh sikit aje kita pun cakap "haaaa....kan dah ckp jangan main kat situ. kan dah jatuh!sudah, jom balik!!" sepatutnya cakap laaa... "xper, sikit jer. jangan main kat situ lagi yer. pergi main tempat lain".
I rasa, kalau nak anak kita belajar banyak benda, biarkan mereka rasa apa yang mereka mahu, biar dia tahu kalau berlari atas lumpur, lumpur itu licin, biar mereka tahu bunga mawar ada duri. biar mereka belajar banyak benda tentang dunia ni. sebab selagi kita ada, mereka akan rasa selamat. jangan sekat kemahuan mereka. kecuali la kalau mereka nak merokok pada usia 6 tahun!!! ITU WAJIB DI LARANG!
sebab bagi pendapat I, selagi kita perhatikan pergerakan mereka, mereka masih dalam kawalan, kalau jatuh berdarah pun, kita masih nampak macam mana dia jatuh. kalau terseliuh pun, kita nampak macam mana dia terseliuh. kalau patah pun, kita boleh bawa dia cepat-cepat ke hospital. so, dalam apa pun yang anak kita nak buat, I rasa paling penting adalah HARUS SENTIASA ADA UNTUK PERHATIKAN MEREKA. tak kira la walau dia bertanding untuk Negeri dalam sukan sekalipun. bila dia nampak parent dia ada, dia akan rasa selamat. itu yang paling penting. 
pengalaman kanak-kanak I, I rasa seronok bila my parent and family support I dalam apa pun pertandingan yang I sertai. dan kalau anak kita kalah, cakap la "tak per, Ibu nampak kakak dah buat yang terbaik. For me, u are the winner." jangan sekali-kali burukkan keadaan dengan cakap "Mummy dah cakap, kakak tak boleh!" itu sangat kejam okay!!!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...