nuff

Monday, June 18, 2012

Hidup ni kadang-kadang

Dalam hidup kita, kita selalu impikan sesuatu. tapi malangnya apa yang kita nak tu selalu tak dapat, and apa yang kita tak minta tu yang kita dapat. kan?? kan??

(ini contoh kata-kata yang selalu kita jumpa)

Bila fikir-fikir balik, ada betulnya dan memang itulah yang jadi pada kita setiap hari. tapi kadang-kadang ada juga yang kita harap kita akan dapat. (and perasaan itu hanya Allah yang tahu. betul x?)

Macam tulah kehidupan...... terima dan hadapi dengan tenang dan jangan berhenti SENYUM!

Thursday, June 14, 2012

Sakit Mata

aduhai.....tiba-tiba kene sakit mata.(last kene masa zaman kanak-kanak dulu.)
tak pe laaa.... nak buat macam mana kan? ini ujian kecil je....
mata I dah sepet sebelah dah sekarang.

(macam ni la contoh mata I sekarang)

tapi yang peliknya, masa awal-awal nak kene sakit mata ni...I ingatkan mata I ni termasuk apa-apa atau tisu koyak sebab I pakai contact lens. tapi doktor kata, simptom yang I alami ni tanda-tanda sakit mata. antara y di soal tentang simptom sakit mata ni:

1. bangun tidur, ada banyak taik mata?
2. bila tunduk, ada rasa mata nak tersembul?
3. (doktor suluh dengan torch light) ada rasa pedih x? 

itu antara soalan doctor, and doctor cek mata I. sah kene sakit mata. huwaaaa.......tapi untung lagi sakit mata daripada tisu koyak. betul x?  dapat ubat makan, ubat titis and ubar sapu. and dapatla MC 2 hari.....untuk Khamis and Jumaat, sambung sabtu and ahad.... 4 hari terus!!so, Cikgu Tasha terus drive and blk JB.

bila balik rumah kat JB, ada 2 orang bagi nasihat.... sapu mata yang sakit tu dengan air kencing awal pagi.  mak aihhh....tak sanggup la nak buat! then, ada orang balik dari Makkah, bagi air zamzam suruh sapu kat mata. ada la rasa sejuk sikit. tapi dengan harapan cepat la sembuh....tak larat nak tgk dengan sebelah mata aja. 

betapa berharganya mata ini. Terima Kasih Allah....

Tuesday, June 5, 2012

Saya suka tampat baru saya

tajuk di atas dah menjelaskan yang I suka banyak benda tentang tempat baru I. 

1st, tempat kerja... rakan-rakan yang tak sombong... ramai dan happening. pengetua pun nampak gaya macam boleh tahan best jek. anak murid, so far..... belum tau lagi tahap mereka... nampak gaya macam tak susah sangat kot. agaknyer laa..... belum tau lagi. pape hal, i roger2 kemudian. hehehe....

2nd, tempat tinggal...alhamdulillah.... pucuk dicita, ulam mendatang. i penat pusing2 cari rumah sewa.... rupanya rumah yang i tumpang tu boleh bagi I sewa bilik dia. syukur sangat2.... duduk Taman Anggerik, Bandar Tenggara dengan kadar sewa bilik RM80.00 tak termasuk api air. alhamdulillah juga housemate cikgu kat sekolah yang sama..... apa-apa hal, boleh la menambahkan ramai rakan-rakan.... xde la berkawan dalam kalangan guru pendidikan khas ajeeee..... tak gitu?

over all, I suka dengan apa yang I lalui.... jarak dari rumah family ke Bandar Tenggara pun cuma amik masa 1 jam aje. boleh la nak ulang alik seminggu sekali....tak de la letih sangat. rasa beruntung sangat-sangat dapat posting kat kampung sendiri. lagi pun, Bandar Tenggara ni tak de la pelik sangat bagi I. I dah biasa juga datang sni, coz dulu adik I sekolah asrama kat Bandar Tenggara ni.

sekarang ni, tinggal nak tolong selesaikan masalah rumah baru untuk En. Nick kat area Bandar Seri Alam. maklumlah..... tak lama lagi dah nak berkeluarga, kurang-kurang mesti dah ada rumah yang selesa....dia nak pergi kerja pun senang. tapi masih dalam usaha untuk mendapatkan kerja baru di area Kulai, Bandar Tenggara atau mana-mana yang terdekat dengan Bandar Tenggara tu. sebab lepas kawin nanti.....dah senang. harap-harap segalanya akan dipermudahkan. aminnnn.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...