nuff

Tuesday, May 8, 2012

My Engagement Day.

Hye Semua....

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan I dengan En. Nick. Tak sangka sangat perkenalan yang sangat singkat dan penuh dengan rintangan ini akhirnya diterima baik oleh my family bila En. Nick menyatakan hasrat mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan I. mula berkenalan hujung November 2011, dan pada 29 April 2012 kami mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah.....

Bila majlisnya akan berlangsung? insyaAllah bila-bila masa.... daripada perbincangan, orang Johor kata 'ikat setahun hidup'. so, persediaan yang sangat simple dan majlis pertunangannya sangat tertutup hanya untuk ahli keluarga. Orang-orang tua kata....majlis pertunangan tak perlu dihebohkan, tapi statusnya perlu diumumkan. sebab perbincangan antara 2 keluarga boleh jadi sesuatu yang sangat private. ngeee....

Love my parent atas restu yang diberikan.

Sangat berpuas hati dengan semua yang berlaku dari awal persiapan hingga akhir majlis. terima kasih buat semua ahli keluarga dan terima kasih juga untuk Auntie untuk baju, Butik Arryana untuk rambut palsu (free) dan manicure. 

(p/s: kalau ada sesiapa y berminat nak sewa baju nikah, tunang boleh call  I)

Friday, April 13, 2012

Cara Buang Malware


minatang ni la yang akan keluar tiap kali i type alamat blog i. 

mula-mula gelabah. then tak de masa nak pikir sebab banyak kerja lain nak buat. 
so, akhirnya ada juga masa nak menggodeh. 
I google "cara buang malware"
buka beberapa laman web. and blog ini yang paling banyak membantu. 


so, kat bawah ni adalah blog2 yang disarankan oleh hafizah. dan I dah pun berjaya buang malware tersebut berdasarkan setiap blog yang I buka. (semua cara I buat!!)

bagi anda yang mengalami masalah yang sama, boleh la cuba klik-klik link kat atas ni yer.
~ selamat mencuba ~

Friday, February 24, 2012

Opsss....!!!

Bila kita solat, setiap kali itu juga la kita berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik untuk kita. tapi bila Allah dah berikan yang terbaik kita tak pulak bersyukur. contohnya.....


‎" Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilang sinar.

rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI"





Macam tu juga dengan kehidupan, kia harap kita boleh dapat hidup dengan Lelaki A, tapi Allah takdirkan kita hidup dengan Lelaki B. Kerana sebenarnya Lelaki B lah yang terbaik seperti yang kita telah minta dalam doa kita selama ini.

itu je yang nak disampaikan hari ini.


dah lama sangat tak update blog. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...