nuff

Monday, August 15, 2011

Duit-duit.....dimana kau duit??


sejak beberapa jam yang lalu, I macam tertarik dengan buat duit melalui FB ni (melalui Infinity Downline). betul ke tak ek?
bnda ni yang I tau dia tak sama macam nuffnang atau mana-mana badan iklan untuk orang yang ada website.
dengan bermodalkan RM100. duit jadi berganda-ganda. betul ke ek?
adakah benda ni akan berakhir macam skim cepat kaya?
 tapi, PM sendiri pernah sarankan untuk rakyat Malaysia jana pendapatan dengan laman sosial.
hmmm..... 

Siapa yang pernah ada pengalaman sila la share...

Tuesday, August 9, 2011

Berbuka Puasa

hye semua....

Semalam, 7 Ogos 2011. I berbuka puasa dengan kawan2 sekolah kat Restoran Warung Kampungku, Tesco Seri Alam, JB, Johor. makanan dia boleh la...... boleh ditelan. yang penting!!!! happy....

so, let see apa yang I ada untuk share ngan u olz

makanan Melayu kita~

my friends


thats me

kami the gurls

and the boys

apa yang penting?? seronok sangat sebab masih dapat jumpa kawan2 sekolah walaupun dah lama meninggalkan zaman persekolahan. insya-Allah tradisi ini akan diteruskan.... semoga kita semua berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing. aminn....

Friday, August 5, 2011

Kucing Hitam Yang Buruk

hye semua...

nak citer sikit ni (sebenarya masukkan dalam blog supaya I tak lupakan kejadian ini), aritu, beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan... I and my paent duduk bersila panggung depan rumah makan durian. mak ai~ sedapnya durian itu.....


masa I masuk dalam untuk ambil pisau, tiba-tiba datang seekor kucing hitam nak mendekatkan diri dengan my mom... my mom menjerit halau kucing tu.... I keluar and tgk kucing tersebut. OMG!! ciannya.... muka dia buruk sangat sebab tu my mom menjerit tgk kucing tu.  anak kucing hitam tu, mata dia penuh dengan taik mata and berkerak-kerak hampir seluruh muka dia.  dia nmpk kesian sangat2..... sedih je tgk dia lapar nak makan. bila dia dekat je dengan kitorang my mom halau dia. 

after dah abis makan, I mintak my dad tolong cuci muka dia. and my dad kata memang kulit muka dia dah berkurap. kesiannya dia....... I pun masuk dalam and cari ikan yang boleh dibagi pada anak kucing itam yang malang tu. bila I keluar, I tengok dia tengah berjemur mengeringkan bulu-bulu dia yang basah.... nampak comel je.... tapi I memang tak mampu la nak pegang dia. I takut kucing. then I bagi dia makan. 

anak kucing itam yang buruk tu pun makan dengan lahapnya. mesti dia lapar gila.... I pun masuk dalam amik ikan lagi untuk bagi dia.... dia makan lagi. sah!! dia mmng lapar gila..... I tengok je dia makan, dengan harapan dia kenyang.

after dah abis makan, anak kucing itam tu pun berjemur semula..... comel!!!! bila I miow2 dia pun dtg. tp I hadkan jarak antara dia dengan I sebab I takut dia gesel2 kat I. I takut sentuh kucing. hahahaha..... klakar kan?? takut kucing, tapi ada hati nak miow2 kat kucing tu. I pun tinggalkan dia...

lepas beberapa jam, I keluar semula untuk tengok anak kucing hitam yang buruk tu.
dia dah tak de.......  hmmmm....(sedih)

I hope kucing tu terus hidup. kesian sangat kat kucing tu.

that's all folks.
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...