nuff

Thursday, March 31, 2011

Pemberitahuan.

idea untuk mengadakan contest secara tiba-tiba yang bertajuk What is in your handbag tercetus semasa I ingat saje-saje nak post entry tentang gambar-gabar isi dalam hand bag I. bila I sedap-sedap mengarang....tiba-tiba je idea itu tercetus.. I pun jadikan entry itu sebagai contest. I target nak dapatkan at least 5 penyertaan dengan jawapan yang betul.........

tapi malangnya hanya 3 aje yang dapat jawab dengan betul. dan mereka yang berjaya jawab dengan betul adalah:

oleh itu, I fikir I tak layak untuk lanjutkan contest ini ke peringkat seterusnya kerana penyertaan tidak memberangsangkan. oleh itu, kepada mereka yang berjaya jawab dengan betul, sila tinggalkan no telefon dan alamat anda ke alamat email :  natashaintan@live.com supaya I boleh fikirkan hadiah yang sesuai untuk penyertaan kalian dengan jawapan yang betul.

sleep is tidur

masya-Allah......
puasnya tidur....
selepas beberapa hari tak dapat tidur yang sempurna.
puas giler dapat tidur selama 11 jam walaupun cuaca panas 
and bagun dengan berpeluh2.

What Is In your Hand Bag?

NEW ENTRY?? SILA SCROLL LAGI>>>>



untuk pada 16 Mac 2011, di dalam
tote Intan Natasha  

ada:

1. mineral water
2. bisnes kad
3. coin purse
4. buku panduan celcom broadband
5. Dentyne  chewing gum
6. envelope
7.Watsons Passport
8. silicon
9. eye mask 
10. mini bag
11. hair rope
12. wallet
13. resit 

sesiapa yang copy and labelkan gambar tersebut dengan tepat akan mendapat hadiah.
nak tak?

langkah untuk menyertainya:
copy gambar
labelkan barang mengikut nombor
letakkan URL blog anda di dalam gambar tersebut (jelas dan boleh dibaca)
hantarkan pada : natashaintan@live.com

tarikh tutup:  31 Mac 2011

5 orang pertama yang menjawab dengan tepat akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya bagi mendapatkan hadiah utama.

peringkat seterusnya akan disambung pada 3 April 2011.

kerana hanya 1 pemenang sahaja yang dicari.




Operasi Mengemas akan bermula

tak lama lagi dah nak habis semester 2 2010/2011
maka operasi mengemas akan dijalankan tak lama lagi. 
sebelum ni pun I dah berulang alik dari UKM to JB dengan membawa segala khazanak alam yang banyaknya......
kenapa macam tu? 
hhhaaaaa...... kali ni punya mengemas lain sikit. sebab barang dah tak boleh tinggal kat stor lagi.
Pas ni I bukan student UKM dah (lain la kalau I sambung study kat UKM lagi kan~). Insya-Allah kalau diizinkan Allah, I bakal grad pada bulan September nanti.
sidang berapa tak tau lagi..... nanti u olz dtng la yer bawa bunga-bungi. (tak malu mintak bunga dari orang!)
actually I tak suka bunga pun~ wellkkk....

so, 
buku-buku sepanjang pengajian semua dah hantar bawa balik,
baju-baju yang over dose pun dah hantar bawa balik. tinggalkan yang perlu semata-mata!
perhiasan atau alat-alat yang dirasakan menyemakkan mata pun dah dihantar ke London JB.
hehehe......

nak tau tak?
tiap kali I balik, beg besar ni la yang jadi mangsa diisi segala khazanak dengan padunya.
sampai nak naik lunyai dah beg ni tau.
layankan aje.....
nanti bila dah kerja boleh beli beg baru~
kalau balik naik kereta agak relax la... dah sampai rumah adik tolong angkatkan barang.
tapi kalau naik bas, tak nak macam senget sebelah pulak bahu I ni.
menarik beg yang berat ni!

itulah kisah budak final year....
harap2 I akan kembali di UKM ni sebagai somebody else....
bukan degree student kot. mana la tau jadi lecturer ker...
hahahahaha.... amin~
KLIK SINI (ada orang ingat I ni lecturer)


thatz it!




Monday, March 28, 2011

Paranormal Activity 2: Tokyo Night

bapak takut giler weh...... baru jer habis tgk cerita ni. waktu sekarang (3.15 pagi). actually I dah lama download cerita ni......tapi busy sikit and tak berkesempatan nak tgk. tiba-tiba hari ni ada perasaan macam teringin sangat-sangat nak tgk cerita ni.

balik dari tarian tadi, I kerah my roomate (cik Pulau ) temankan I makan kat mamak AmerAli, Bangi. tiba-tiba masa on the way... berubah fikiran nak pergi Azura pulak. malangnya Azura tutup! Hampeh~

then makan kat AmerAli juga akhirnya. dah kenyang.....blk, mandi, cek blog and FB jap. then terus layan......

Dah lama kot I tak takut tgk cerita hantu. tapi Paranormal Activity 2: Tokyo Night ni mmng buatkan I menyorok belakang selimut!

SUMPAH I tak takut tgk cerita hantu sebelum-sebelum ni....sampaikan I boleh tau apa hantu tu nak buat lepas ni. Tapi, untuk cerita ni.....BAPAK DIALAH!!!!! takut weyyy.....
korang harus tengok!

I tengok tadi pun, walaupun layan sorang-sorang tapi roomate I ada tengh buat assignment. selalunya kalau layan citer hantu sorang-sorang pun lex jer.... untuk yang ini SUMPAH gua menyorok belakang selimut. tak pernah semumur hidup! huwaaa...... hebat la cerita ni! memang la Jepun ni pandai menakut-nakutkan orang. hahahaha.......
ini antara scene yang ada dalam cerita tu.
rakaman dia agak pening kepala sikit la~

scene ni dimana masa diorang tgh gaduh-gaduh...tiba-tiba cawan pecah sendiri and diorang terdiam.
kelakar scene ni~ 
hahahah....





P/S: last time I takut tengok cerita hantu adalah masa I layan cerita Dark Water (Jepun) masa tu tengok sorang-sorang dalam rumah yang semua family member tak ada. takut2 pun layan sampai habis gak. hahahaha.....sengal betul Tasha ni....





Sunday, March 27, 2011

Life as Student IPT

kebiasaannya life sebagai pelajar IPT ni, banyak juga cabarannya.
terutama bila belajar sepenuh masa. sebab bila belajar sepenuh masa kene libatkan diri dalam banyak aktiviti dalam Universiti/kolej. then kebanyakkannya juga melibatkan aktiviti yang berkumpulan.

jadi, berdasarkan pengalaman, I nmpak aktiviti berkumpulan memerlukan usaha yang lebih berbanding kerja secara individu. tak kirala samada kerja untuk tugasan kurusus atau kerja untuk mengadakan satu-satu projek.
oleh itu, I nak sharekan sikap-sikap yang akan membuatkan rakan-rakan jengkel dan rasa nak campak je orang tu masuk gaung.


1. selalu tak menepati masa
2. berbual hanjing (cakap ye..yer.... tapi habuk pun tak der)
3. syok sendiri
4. bermegah-megah
5. panas baran tak tentu pasal (kalau boleh kawal la sikit marah tu. kalau marah awek tak pe la. jangan la marah kawan. marah tak bawa apa-apa makna pun)
6. perasan lawa (sebab tak ak berpanas, tak nak busuk2 tak nak macam-macam.....)
7. cakap besar macam dia paling the best
8. suka sangat mengasingkan diri (buat kerja sama-sama pun asik mengelak)
9. suka bagi banyak alasan (sedangkan tak berusaha untuk itu)
10. asyik berfacebook and kerja tak jalan 

itu antaranya lah...... banyak lagi sikap-sikap yang harus diperbetulkan kalau nak bekerja secara berkumpulan.kene pandai bawa diri la bila dah berada di tempat orang.... orang kata, masuk kandang lembu menguak.... masuk kandang harimau, mati!

hahahaha.....
nasihat ini I tujukan untuk semua termasuk diri I sendiri. semoga kita semua jadi orang yang berguna untuk kumpulan, IPT, bangsa dan negara!

gembirakan hari minggu anda

hari ahad adalah hari untuk bermalas-malasan
atau bersantai bersama keluarga.
pergi berkelah ker..... lepak kat rumah ker......
shopping ker...
sebab besok dah mula nak kerja.
alamak.... ni yang rumdu nak blk rumah ni.
kalau kebiasaan, setiap hari ahad, my family akan lepak kat rumah nenek kat Taman Daya, JB
makan-makan, gosip-gosip, tgk TV.
tidur-tidur..... hahahha.....

tapi sekarang ni, di UKM, 
I duduk kat loby IZISH for nothing. choreographer tak datang-datang lagi.
tertidur agakny.

Benci lelaki Yang suka ambil kesempatan

I kurang gemar berdepan dengan orang yang suka ambil kesempatan atas orang lain ni tau.
benda ni terjadi pada I. ada la sorang lelaki ni..... biasa juga la nmpk dia dalam kuliah untuk subjek Wajib Fakulti (kelas besar) so.....ramai la pelajarnya.... jadi ada yang yang tak berapa nak kenal kan.

stakat pernah nmpak 2-3 kali dalam kelas. then I ada frend request dari dia dalam Facebook. I anggap cam tak pe la.....kenalan dalam kuliah je pun. I approve. bukan stanger pun~

then senyap seribu bahasa....tetiba satu hari nmpk I online...tetiba je masuk nak chat ngan I. okay la...boleh layan kejap sebab tak berapa sibuk. owh...tanya pasal assignment ea?

*I punya dah lama siap dah.....
*owh.....tak tau nak buat ker? kesian.....
*huh? nak pinjam? mana boleh???

dari situ, I dah tau niat dia sebenarnya untuk apa.  (I'm not stupid!)

ellow..... ko hengat ko ada rupa, I nak cair and bagi assignment I kat u ker?
pakcik India sebelah rumah I lagi handsome dari U okay....dia tak pernah pun nak amik kesempatan pada I untuk mintak belikan dia rokok. dia pergi beli sendiri tau! (hhahaha....tak de kaitan~)
duh~

bosan dengan orang yang tak tau berusaha ni!


mereka terlalu comel untuk pandai ambil kesempatan

p/s: gambar hasil caran google.






Saturday, March 26, 2011

Nuffnang I beranak lagi

yang beranak tetap beranak
yang keguguran tetap keguguran ke Metered Earnings.
bahagianya rasa........ terharu pun ada...

terima kasih nuffnang.





entry-entry berkaitan:

P/S: bukan nak riak, cuma nak berkongsi apa yang I tau kepada semua. 
renung-renungkan dan selamat beramal~




Seronoknya berjalan seorang diri~ (tiba-tiba kene make over)

sekali lagi berjalan seorang diri hari ini.
tapi untuk hari ini, I kene beli lagi barang2 persiapan untuk tarian.
rasanya dah hampir lengkap semua barang. cuma 1 je lagi!!!!

hair spray gold colour.... 
mana nak cari ni?

masa I tgh masuk setiap saloon n kedai yang jual alat make up. 
I singgah AVON. tiba-tiba kene tangkap muat untuk make over.
hampeh~
I selalu make over orang...tetiba I pulak yang kene make over. hahaha.....
so, here we go...

ini hasil gambarnya....
dapat 1 je gambar percuma....

beberapa keping gambar perasan bila dah balik bilik.
bergambar dalam kegelapan. sambil support Earth Hour.
hebat giler flash camera I ni rupanya....
(sebab tu muka berminyak!)

ini pulak before and after.
semuanya percuma termasuk gambar. 
percaya tak?
tak percaya?
sila lah PERCAYA!!!
http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/

Cheras DownTown Malam tadi....

malam semalam pukul 11 dari UKM. ke Downtown, Cheras.
ramai giler orang...... Jumaat malam kan~
biasa la.....friday night fever. tapi kitorang tak g club okay. kitorang bershopping.
hehehehe......

gigih yer mencari barang-barang untuk persiapan tarian.
so, ini antara yang kami jumpai di Downtown tu. barang lain akan dicari kemudian~

habis dalam Rm381 juga la..... untuk semua ni. 
tak termasuk Laptop usang and katil tu yer~

beli bun rumbut untuk buat sanggul. RM20 untuk 8 biji.
kat kedai lain semuanya jual RM5. kedai ni jer yang jual murah. yeay!!

beli seluar baggy ni 11 helai RM 210 semua sekali.
hampir tertipu dengan pekedai India tu. dia kata dia jual paling murah dalam Downtown tu (RM23).
tapi kitorang boleh dapat lagi murah dari dia. 
ape kes?
kalau sehelai paling murah pun boleh dapat RM24.tapi kitorang dapat dalam RM19.09 sen. 
lalalala~

(tetiber jer nak bangga....ntah2 orang lain boleh dapat lagi murah agaknya)

ini pulak inner....
amoi tu baik sangat.... tapi kemut sikit la...
sebab dah habis tawar menawar sampai black out electric pun dia tak nak turun harga.
nasib baik kitorang tak bawa lari baju dia masa black out tu. hahahaha......
(we olz budak baik kan?)
RM114 untuk 9 helai. mahal laaaa...... 
sebab kat tempat lain boleh dapat RM10 sehelai jer!
tertipu disitu......


ini option untuk kalau kitorang tak dapat cari spray rambut warna emas.
ada tak sesiapa tau berapa harga spray rambut warna emas ada jual kat mana?
sebab kalau boleh spray rambut tu nak spray kat muka skali.

M.A.C katanya..... emmm....apasal RM12 jer?
hahahaha.....

terkejut I tau! murah giler M.A.C kat downtown....hahahaha....

Support Earth Hour 2011


enjoy this video......

tapi jangan lupa Support:
tak lama......1 jam jer...... sama-sama kita bergelap untuk tunjuk sayang kita pada Bumi. okay~

 tengok!!
Pocoyo pun support Earth Hour tau.
comel kan?

hari ini charge laptop kasi full....
then malam ni sambil bergelap boleh layan website Earth Hour

sayangilah Bumi kita~


I like this Widget


I suka la widget ni..... kenapa? 
sebab I boleh tau siapa yang melawat I and I pun dengan senang hati suka nakmelawat diorang semula.
thanx pada semua yang melawat blog Tasha's yang simple like pimple ni.

tak kisah la u olz ni pembaca setia ker, pembaca singgah-singah ker, stalker ker.....
hehehe......

thanx everybody~
so, hari ni I nak share sikit nama-nama yang tersenarai sebagai pelawat I yang paling terkini.

yang lain tu, I tak dapat link ke blog dia la...... hurmmmm...... =_=

pada kawan-kawan lain yang berminat dengan widget ni, sila la daftar ke Gengblogger.
bila dah daftar, klik Setting di sebelah kanan atas 
then klik Widget Pelawat
then boleh la pilih nak design macam mana...... and anda boleh la stalker pelawat anda semula.
best kan?????

okay....Tasha nak pergi jalan-jalan ni...jom ikut I blogwalking.

Friday, March 25, 2011

Kisah Orang Perasan Lawa

Kalau di China anda boleh jadi terkenal dalam masa satu malam sbb cepatnya berita tersebar melalui internet. salah seorangnya ialah : "Sister Feng"




KENAPA BELIAU SENGAL?

Nama asal Luo Yuefeng, tinggi 1.46 meter, dengan wajah yang "biasa-biasa" dan pendidikan yang "biasa-biasa" dia menjadi terkenal di China pada November 2009 karena dia menyebarkan flyer di bandar Shanghai untuk mencari lelaki yang mahu berkahwin dengannya tetapi dengan syarat2nya :

1. Lepasan Universitas Beijing atau Qinghua (Tsinghua) dan minimum lulus
dengan gelar Master di kos Ekonomi.

2. Memiliki wawasan dan perspektif International.

3. Tinggi 176 cm - 183 cm, handsome lebih diutamakan.

4. Tinggal di kota di pesisir Timur

5. Belum pernah menikah

6. Tidak mempunyai bekas girlfriend

7. Usia antara 25-28 tahun.


Setelah tersebar, wartawan mewancara dan video wawancara tersebar di internet.
Tidak lama kemudian, Sister Feng kembali muncul di TV dengan boyfriend barunya yang hendsome dan kacak , seorang mahasiswa sekolah media Zhejiang.





Tidak lama kemudian itu bekas boyfriend Sister Feng muncul ke media dan menyatakan bahawa Sister Feng telah memutuskannya gara-gara boyfriend barunya itu. stesyen TV Jiangsu bahkan menyediakan waktu 40 minit untuk membahas cinta segitiga ini.

Cerita Sister Feng belum berhenti disini. Sister Feng merancang untuk
melakukan operasi plastik! Dan inilah gambar Sister Feng setelah operasi
plastik (biasa.....jerk....  )





Cerita terakhir, Sister Feng dilihat di Nanjing pada 18 April 2010 untuk melakukan
pembedahan plastik keduanya. Dan dia mengatakan "Dalam 2 atau 3 tahun lagi saya yakin akan menjadi kekasih Obama" dan dia berkata kepada dokter yang akan mengoperasinya "Buatlah saya mirip seperti Fan Bingbing dan bibir saya mirip dengan bibir Shu Qi!"

mula-mula baca, ingatkan lawa sangatlah...... rupanya hado.....

Ko apasal nak naik suara?

ini adalah cerita sebenar yang berlaku ke atas ku.

malas nak cerita panjang untuk memburukkan keadaan. cukuplah I luahkan perasaan I untuk apa yang I sedang rasa sekarang.

elow.... ko apasal menengking2? ko cantik snagat ker?
kalau baru tu.... buat la cara baru. kalau salah....terima lah teguran orang.
gaya nak jadi orang yang terbilang, tapi bila ditergur terus melenting?

siap suruh orang diam pulak tu....
masalah betul bila terpaksa berhadapan dnegan orang macam ni.
kalau tak dikenangkan yang hari dah suntuk and tengah ramai orang kat situ.....
dah lama I tepuk dahi YOU tau!

nasib baiklah I ni penyabar.
sudah! sakit pulak hati ni bila mengenang kejadian itu.

oh! Tuhan..... sesungguhnya aku bersyukur kerana kau jadikan aku orang yang 'agak' penyabar.
amin~



suker pulak tetiber....


tetiber I rasa macam I suka pulak dengan apa yang telah I lakukan terhadap mata dia.
ni first time juga la I buat mata orang lain jadi macam ni.
selalunya bereksperiment dengan mata sendiri jer.....

more info:

Orang Berkata-kata...

orang kata.....
kalau suka, and kalau sayang.... buat apa pun tak apa.

kalau dah namanya tak suka...!!!
orang tu bagi bunga, dilemparnya tahi.
manusia.... manusia..

Thursday, March 24, 2011

Kekasih ku Seru~

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang benama Jimmy.Dia orang Johor dan dia ada seorang awek bernama Julia yang tinggal di Perlis.Mereka ini tak pernah berjumpa ,cuma sms dan call saje.

Gambar pun mereka tak pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310.Bila dah lama berhubungan macamni mereka tak tahan dan ingin berjumpa.Maka dia orang berpakat untuk berjumpa di rumah Julia.

Julia pun memberitahu ibu bapanya yang Jimmy hendak datang.Tapi malang tak berbau Julia terlibat dalam kemalangan.Mayat Julia selamat di kebumikan.Seluruh keluarga Julia sangat sedih atas pemergian Julia.

Akan tetapi Jimmy tidak mengetahui hal ini.Kebetulan pula handphone di rosak.Seminggu selepas itu baru handphonenya elok.Jimmy terus mesej Julia dan mesej yang di hantar semuanya di 'reply'.

Pada hari yang ditetapkan Jimmy pun bertolak dari Johor ke Perlis untuk bertemu Julia.Pagi-pagi Subuh lagi dia dah bertolak menggunakan keretanya.Bila sampai di rumah Julia ,Jimmy pun mengenalkan dirinya kepada ibu bapa Julia.

Ibu bapa Julia menyuruh Jimmy duduk tetapi matanya terjenguk-jenguk kearah dapur atau bilik kot-kot Julia keluar.Jimmy semakin tidak senang duduk.Setelah lama berbual, Jimmy pun bertanya pasal Julia keran atidak sabar hendak berjumpa kekasih hatinya.

Ibu bapa Julia menyuruh Jimmy bersabar.Jimmy semakin hairan dan bertanya "Kenapa makcik..kenapa pak cik?? Apa yang terjadi pada Julia?"
"Julia telah meninggal dunia."kata ibu Julia.
Jimmy semakin kehairan ''Bila dan sebab apa?''

Ibu bapa Julia pun menceritakan kejadian itu tetapi Jimmy tidak percaya kerana dia ada sms dengan Julia sebelum berangkat ke Perlis.Jimmy pun menunjukkan sms itu kepada ibu bapa Julia.Ibu bapa Julia pun terkejut kerana cara sms dan no tel itu memang kepunyaan Julia.

Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julia pun membawa Jimmy kekubur Julia.Jimmy tak puas hati dan mengorek kubur Julia.Memang betul Julia sudah meninggal dunia.
Sebelum meninggal dunia Julia telah berpesan kepada ibu bapanya supaya menanam sekali handphone kalau dia meninggal dunia kerana dia sangat sayangkannya.Jimmy terus sms kat Julia di depan ibu bapa Julia.

"Awak tengah buat apa?"

"Tak ada buat apa-apa...Awak dah sampai ke..?"

Jimmy semakin panik "Ibu bapa awak kata awak dah meninggal dunia??"

"Memang saya dah meninggal..."

Jimmy memberanikan diri membalas balik sms itu."Habis tu macam mana awak balas semua sms saya??"

Kesemua mereka menjadi takut dan panik menunggu jawapan sms daripada Julia.Apabila menjadi terkejut beruk dan terpinga-pinga...kerana sms itu berbunyi...

"DIGI ADA DI MANA-MANA......hahahahahaa..."

got this from:
Read more

Craving like crazy


gatal pergi cuci mata katanya tengok dapur Mat Gebu. kan dah susah~
sedapnya tengok burger tu.....
I pun terus teringin nak makan Whopper burger kat Burger King!!!
huwaaaa.....
I'm craving~

menyesalnya tengok Dapur Tanpa Sempadan!!!
menyesal!!!!
semuanya Mat Gebu punyer pasal la ni.....

padahal semalam baru jer sental Meatball Marinara kat  Subway, Mines dengan Roomate.
adeh!!!





Hadiah dari Pujian

actually benda ni berlaku kemarin, tapi ni baru teringat nak update. hehehe
masa latihan tarian hari tu, I tengok member tarian ni pakai satu sepit rambut yang comel.
then I tegur la..... 
"comelnya sepit u~"
then dia senyum2.....

dah lepas beberapa kali latihan, I pun macam terfikir adakah comel sepit tu kalau kat atas kepala I pulak ek?
so, I pun curious samada dia berbentuk kain atau sejenis reben yang dilekatkan pada sepit rambut.
so, I pun nak tgk..... (mana tau pas i I berkenan nak pergi beli ker~)

dia bagi I tgk and rupanya benda tu keras~
bukan buat dari kain la~

then yang terkejutnya dia kata 
"saya bagi ni pada akak."
dengan segannya I pun jawab "eh, tak perlu la.... I suka tgk jer~"
dia balas "tak pe la... ni sebagai kenangan"
huhuhuh.......

terharu + happy=syok sendiri~

so, macam ni la rupa sepit yang comel tu......
I nak pakai sepit ni masa Dinner Fakulti nantilah~

so, itulah cerita hadiah dari pujian yang I dapat~ 
yeay....






agak sibuk disitew~

ada beberapa perkara penting yang I perlu remind myself supaya tak terlupa.

1. 28/3 -Jamuan makan malam
2. 29/3 - Dinner Fakulti
3. 30/3 - Pertandingan Tarian ICAF
4. 31/3 - Jamuan Makan malam

adeh~

masalahnya sekarang ni...I seram sangat dengan prepairation tarian kitorang.
mana tak nya.... tarian tradisional macam sampah. then kreatif pulak tak siap-siap lagi.
hadoyyy~

Wednesday, March 23, 2011

VOTE FOR KOTEX FRESH FACE SEARCH 2011

Hi Kawan-kawan..... I bangun je tidur terus teringat bak tgk facebook mana tau ada new update pasal 
klas esok.... skali, ada mesej inbox dari junior suggest untuk vote da. okay... I pun klik.

tiba-tiba I jumpa wajah my fren dulu si Serai Wangie (dah tentulah I vote untuk dia juga.)
then I search nama my fren and I vote pulak untuk dia. 
ada peluang untuk dapat 2 tiket wayang tau bila kita vote~

so, I nak mintak jasa baik u olz sila la KLIK HERE untuk vote my friend si Serai Wangi.

cara-caranya:
firstly, bila dah klik link kat atas tu, akan keluar....
klik pada VOTE NOW

then, 
taip SERAI > SEARCH BY NAME

then,
klik la vote......

then, kita akan diminta isi details diri untuk peluang mendapat 2 tiket wayang percuma.
best kan????
then klik okay untuk vote.
selesai~

then, kalau nak vote untuk my friend yang lagi satu tu..... SEARCH BY NAME : FATIN AQILAH (UKM)


THANX U OLZ~
LUV U OLZ....





Tuesday, March 22, 2011

Rahmat Allah

Semalam ada kelas Tekanan dan Sokongan.
Dr. Rosadah ada kemukakan soalan

"Pernahkah kamu melalui satu perasaan yang tenang dan damai. seolah-olah pada saatu itu kamu sangat tenang?macam tu la lebih kurang bentuk soalan dia.

then kami pun fikirkan tentang itu dan jawab ikut pengalaman masing2.

then dia tanya "pernah tak kamu merasa sangat kacau dan celaru, seolah-olah apa yang kamu buat semuanya tak menentu?" macam tu la lebih kurang bentuk soalan dia.

kesimpulannya, Dr. Rosadah menjelaskan bila kita berada pada tahap sangat tenang dan damai, itu kerana rahmat tuhan sedang bersama dengan kita dan kita dibimbing olehNya.

dan pada saat kita sedang sangat kacau dan celaru plus serabut.... keadaan sebaliknya berlaku.
maka... kita sedang diujiNya.

Dari mana Tasha dapat that Costume??



ada la beberapa individu yang bertanya "Mana Tasha dapat baju tu?"
"jumpa tepi jalan" boleh tak jawab macam tu??

kejam sengat la pulak kan??
hehehehe.....

actually, kalau I tak amik baju yang kat atas tu, I amik yang ni...
ala-ala macam penari gelek padang pasir gitew.... hehehe....
tapi roomate (cik pulau) I suggest better amik yang gaun tu. so, that is why I choose that one.

so, kedai dia nmpk macam besar kan?
kedai dia ada di  Desa Sri Hartamas, KL.
 kat kedai tu ada banyak lagi collection costume pelbagai tema dan accessories. 

costume for rent

kalau berminat nak sewa baju kat situ. sila la klik pada gambar.
and lagi satu sebelum terlupa..... baju-baju kat sana memang murah giler-giler untuk disewa.
I punya outfit termasuk accessories berharga RM50. murah kan???
so, tak payah la kita membazir beli baju and accessories mahal2 and hanya pakai sekali jer then simpan
 lama-lama dalam almari untuk cucu cicit tengok.
 kat kedai tu, semuanya dalam satu pakej. sebut je U nak apa....semua ada~





KESILAPAN MANUSIA (bukan kesilapan teknikal)

membaca silly things yang kakak LM kita buat dalam entry dia  KLIK SINI
rupanya I pun ada 1 silly things yang membuatkan dah berbulan-bulan I pelik binti hairan dengan blogger.com ni.

nak tau tak apa masalahnya?
masalahnya.... I tengok kenapakah I selalu jer masuk blog ! Erti Kehidupan yang dimiliki oleh  en.Ujang9897
melalui blog tunang dia si YanaMIB tu. 

kenapakah I tak pernah pun tengok nama dia dalam reading list kat dashboard blogger.com tu???
kenapakah?
adakah nama I telah dilindungi oleh alam sekeliling?
ataukah I telah diblock untuk lihat new enty?

rupanya...... kesengalan terserlah apabila:
Tasha belum pun follow en. Ujang. 
memanglah sengal yang amat sangat. huhhuhuhu.....
akhirnya I menjadi follower ke 1950 dia.
hahaha......

 ujang ni kira hebat la.... sebab I masih baca blog dia walaupun tak follow dia.
ala-ala macam Red Mummy pulak.
(kalau tak kenal Red Mummy, pergi google nama dia sekarang!!!!)



AKU BENCI ROKOK!!!!!

image

seriusly suka dengan Idea abg Ben untuk segmen ini.
I baru je mengemukakan isu ini pada rakan sekelas semalam tentang apa yang best sangat merokok ni????
kalau main game, kita dapat cuci mata dan dapat excitement. kalau hisap dadah, kita high, kalau berkebun dapat hasil tanaman....tapi kalau merokok?????

dapat apa??? I pelik sangat dengan perokok-perokok tegar ni. apa yang best sangat??
jangan cakap rokok tu best, macho and what ever. sebab i bukan tak perbah try rasa asap yang masuk dalam mulut dan paru-paru ni. memang tak de pape......TAK ADA APA-APA!!!!!

diulang sekali lagi!!! MEMANG TAK ADA APA-APA!!!
so, apa yang best sangat dengan rokok ni??? dah la membazir duit, then mencemarkan alam sekitar. bukan setakat udara aja.... mencemarkan sungat, mencemarkan pemandangan dan sebagainya.
teruk lah!!!
I stress tengok orang yang hisap rokok sesuka hati dia di tempat-tempat awam. bertambah bengang kalau dia merokok dalam tempat yang ada air-cond. adoi~ pening kepala la!!!


nasihat buat sang perokok: cuba-cuba la berhenti merokok. I tau yang korang akan kata 
"susah la nak berhenti"
itu sebab korang tak cuba berhenti pun.
rokok ni macam cinta..... bila dah melekat.....asyik nak berkepit aje..... then bila tiba-tiba kene putus. 
asyik teringat aje.... sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah....
ada je yang serba tak kena...
so, I suggest sila la makan Nicotine Gum yang macam dalam TV tu atau pun beli lah Fake Cigarette yang banyak dipasaran sekarang. 
sila lah!!!!! dan tolonglah jangan bunuh orang lain kerana sikap kalian.

sama-samalah kita menjaga kesihatan yer~

Mereka-Mereka yang akan menjadi mangsa Keadaan

 Bila I bosan, I akan melakukan jenayah yang melibatkan orang lain. 
jadi, inilah mangsa-mangsanya....
(target utama adalah RAMBUT = HAIR)

my cousin


my luv


my twin


my cousin


my cousin

and lastly...... I like this one. naturally born with  this great hair~




Monday, March 21, 2011

Seronoknya hari ini....

kenapa?
kenapa?

ceciter...ceciter....

hehehe......
entry teringkas kot untuk hari ini.
-I seronok sebab ramai puji kerja I.
-I seronok sebab dah siap kerja-kerja perbentangan
-I seronok sebab dapat job
-I seronok sebab dah siap assignment

and 

-I seronok sebab dilamun cinta~

Dinner Kolej untuk kali terakhir

Ini dinner kolej yang terakhir sebagai pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas, UKM
macam yang I ada story kat entry lama pasal tema dinner. KLIK SINI
I nak jadi lain dari yang lain..... so, scroll la gambar-gambar dibawah.
I jadi lain dari yang lain tak??


the foods and the tentative 

favorite person



bersama The Princess Jasmine of the night.
"tapi tetap ada suara-suara nakal yang kata I nak gondol gelaran itu"
abaikan mereka~


I make up mereka~
okay ke tak okay??







hamek ko.....
nak lain dari yang lain sangat kan??
dah macam taliban pun ada gak!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...